Hari ni saya nak berpantun skit la hehe
————————————————————–
Cinta jangan disangka gula
Kadang kelat masam mencuka
Sayang si dia jangan digila
Kelak esok bertukar duka
————————————————–
Blog cinta tajuk utama
Panduan anda sandaran saya
Kalau agama sandaran pertama
Yakin dan pasti akan berjaya
————————————————-
Ikan kering lawannya pulut
Buat santapan laksamana buana
Kata Cinta pemanis mulut
Disulami dengan nasihat berguna
——————————————
Ini adalah sebahagian dari pantun untuk post kali ini kalau nak berpantun sila lah balas ek kat komen hehe

waaahhh…pandai gak encik cinta berpantun yek ^_^
hehe biasa jek la cik nin
Cinta itu ibarat gula,
Kekadang masam ibarat cuka,
Alangkah indah pabila bercinta,
Allah dan rasul yang lebih utama.
Syair dan seloka memang minatku,
Cinta dan jiwa memang kupunya,
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Berikanlah jodohku insan beragama.
pndai nye korang berpantun..
Allah itu Maha Bijaksana,
Segala ni’mat telah diberi;
Wahai Ilahi berikanlah hamba,
Isteri solehah yang tercari-cari.
=)