Semalam masih lagi terkesan dengan kisah seorang lelaki(baru sahaja meninggal dunia semalam)-moga rohnya ditempatkan dengan orang beriman dan diampunkan dosanya.Cerita ini cuma dikongsikan sebagai ikhtibar. Baiklah lelaki ini umurnya dah 40 an dan keatas. 15 tahun lalu lelaki ini hidup bahagia,simpanan cukup,hutang pada tahap minima. Namun selepas itu hidupnya berubah setelah beliau bertekad menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan.
Kisahnya beliau berkenalan dengan wanita di tempat kerja. Lelaki yang baik ini dan ramah membuatkan wanita terpikat. Wanita ini menggunakan kesempatan untuk memikat lelaki ini walaupun tahu si lelaki sudah berumah tangga. Apa yang malangnya segala wang simpanan lelaki ini habis dikikis oleh wanita pisau cukur ni. Licin duit simpanannya,dan bayaran ansuran rumah lansung tidak dibayar. Segala perihal peribadi,percintaan lelaki ini dicatat dalam diari(jiwang gak orang tua ni).
Namun langit tidak selalu cerah,beliau jatuh sakit. TUhan memberikan lelaki ini penyakit. Si isteri secara kebetulan menjumpai diari yang mencatatkan segala hal peribadi lelaki ini dan terbongkarlah rahsia segalanya. Remuk luluh hati si isteri yang setia. Bayangkan wang belanja dapur,semua tidak diberi dan ditanggung oleh isteri.
Kematian lelaki ini meninggalkan segala hutang rumah yang bakal dilelong akibat tidak dibayar ansurannya. Kasihan kan?Kepada lelaki sekalian,insaflah,jangan sampai diri anda jadi begini!
Mahu lihat anak pinak merempat?Gunakan akal dalam tindakan.Jangan gunakan perasaan. Setia pada isteri anda yang sanggup berkorban untuk anda.MOga hidup anda bertambah berkat. Sama-sama jadikan ikhtibar.
Semoga dapat dijadikan ikhtibar. Tak kira lelaki atau wanita, tanggungjawab dalam kehidupan berkeluarga penting demi kesejahteraan semasa hidup dan setelah pergi.
betul tu kak long moga dijadikan ikhtibar
asm
Kehidupan rumahtangga mesti diasaskan atas dasar iman…walau pun ada masalah kita kembali kepada Allah untuk mencari jalan penyelesaiannya.. Pada suami isteri sentiasa lah bertaubat dan mohon perlidungan kpd Allah dari syaitan yang datang dalam pelbagai bentuk…manusia, iblis dll yang juga sentiasa berusaha untuk meruntuhkan rumahtangga muslim…
didikanhati.blog
semoga lelaki tu ditempatkan di tempat di samping orang-orang beriman
salam kenal dan dofollow sini
cinta isteri cinta sampai ke mati, cinta suami time isteri bergetah lagi… tu la bezanya.. biasanya laa…
hadiah car sign hearbeat, nakke?
nauzubillah..minta dijauhkan dr lelaki durjana mcm ni
Jangan mudah tergoda perempuan lain, bisa berantakan…. he he
sedey lah baca….sian ngn si isteri..
tuler pasal jangan cari pasal.. entahler ramai yang kena nak buat camner…
memang yang baik tu pun digodanya.. so hati-hati.. bukan semua orang ikhlas…
citer awak ni tak jauh ngan citer syerlah, problem hidup yang tak leh dinafikan lagi, dan jadi pembelajaran wat kita semua