Kahwin itu tanggungjawab

Ramai dikalangan kita tersenyum bila disebut pasal kahwin. Tapi tahu tak kita kahwin itu tanggungjawan?

Ya sebagai suami anda bertanggungjawab terhadap isteri. Jangan di abaikan sebab besar tanggungjawab suami yang akan ditanya diakhirat kelak. Suami bertanggungjawab dari segi pendidikan agama isteri. Jika isteri tidak tahu tentang hal agama,maka jadi tanggungjawab suami untuk memberi tunjuk ajar dan jika tidak mampu mengajar hendaklah suami bersama-sama isteri mencari guru untuk belajar. Sebab segala sesuatu yang kita lakukan perlulah berlandaskan agama. Tanpa agama pastinya rumah tangga akan hancur lebur.Suami atau bakal suami perlu ingat yang anda akan dipersoalkan di akhirat kelak….

Selain daripada pendidikan agama,penyediaan pakaian,tempat tinggal dan keperluan asas lain haruslah disediakan oleh para suami. Jangan sesekali menganggap ianya tidak perlu sebab segala keperluan fizikal adalah tanggungjawab suami. Cuma jika si isteri sanggup membantu dengan ikhlas dan tanpa dipaksa barulah ianya boleh diterima pakai. Sebagai suami jangan pula ambil kesempatan,isteri cuma meringankan beban sahaja,anda sebagai suami harus berusaha kuat.

Ok kita asyik bercerita tentang tanggungjawab suami sahaja. Bagaimana pula tanggungjawab isteri?Si isteri bertanggungjawab penuh kepada suami. Patuh dan taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri. Isteri perlu bercakap lemah lembut dan tidak berkasar kepada suami.

Selain itu si isteri haruslah melayan suami sebaiknya. Jangan diabaikan pakai,minum suami. Kerana perkara-perkara ini sebenarnya menjadi punca perbalahan dan penceraian. Jadi kepada isteri jagalah diri anda dan berbaktilah kepada suami,InsyAllah syurga akan menantimu.

Oleh itu saya harap lepas ini tidak ada yang melepaskan tanggungjwab dalam perkahwinan,ingat kahwin itu tanggungjawab dan bukan satu keseronokan!

2 thoughts on “Kahwin itu tanggungjawab

  1. Ya!! Suami itu ketua keluarga.. Perlu mepunyai asas ilmu yang kuat untuk membimbing jemaah yang kuat yang terdiri daripada anak dan isteri itu sendir. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul.. bukan hanya keseronakan tempat tidur sahaja yang didamba..hu3

  2. Pingback: Kahwin Itu Tanggungjawab – cintajodohkahwin.com :: Doktor Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>