Cinta facebook?

Kini teknologi makin canggih…orang kini semua nak cepat dan kalau boleh jodoh pun sama semua nak cepat dan sebab tu ramai bercinta kat facebook?oooooo tidak..cinta facebook la pulak..huhu

Ok mungkin ramai tidak sedar cinta di facebook adalah cinta versi terbaru cinta di internet ni. Dulu orang sibuk pasal MIRC sekarang dah sibuk pasal Facebook la pulak. Cinta facebook memang ada dan ada yang sampai ke jinjang pelamin pun ada itu satu kebaikan lah kan tetapi disamping kebaikan itu ada juga keburukan yang berlaku….

Cinta facebook akan mendedahkan seseorang untuk ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab..sampai ada yang mengaku bujang walaupun dah kawin 4….ek silap dah kahwin dan ada 4 orang anak hehe…

Ini akan mewujudkan keretakan rumah tangga bila si suami kantoi dengan isteri maka perang besar la gamaknya kan?

Jadi kepada sesiapa yang tergatal tangan untuk bercinta tu,berhati-hati jika kenal dengan seseorang di Facebook. Dan untuk pertemuan kali pertama saya nasihatkan ajak ramai rakan-rakan. Jangan berani-berani pergi sorang-sorang ya. Lepas tu pilih tempat pertemuan tu di tempat terbuka.

Ok lepas tu kalau orang yang anda kenali tu ajak datang rumah dia untuk pertemuan kali pertama,tolonglah katakan tidak! Sebab ianya sebenarnya lebih kepada perangkap.

Jadi dalam mencari cinta perlu hati-hati,jangan mudah percaya dengan kata-kata manis,gambar sehensem brad pit sebab tidak semuanya benar…..So hati-hatilah ya!

9 thoughts on “Cinta facebook?

  1. facebook pengikat cinta kami, di facebook kami bertemu kembali.. di facebook juga kami mule bercinta cewah.. dari mana datangnya cinta tu tak penting yg penting kejujuran dan keikhlasan .. hehe..

  2. NaDia indentiti sendiri, mari mencintai NaDia.. hahaha.. kakak NaDia jumpa ex boy dia yang ilang hampir 7thn dulu di facebook, hidup facebook.. ahakz

  3. da bertahun2 aku men FACEBOOK…aku still x dapat cinta…
    kwn lelaki bnyak la……semuanya aku anggap kwan je…x lebih…kalo nak jadi BF 2…aku inginkn pertemuan yg real..bukan alam maya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>