Gurau senda penambat cinta

Anda orang serius?Tak pandai buat lawak or buat kelakar?Aissh saya bukan nak suh anda masuk rajalawak ek..cuma dalam hidup kita jangan terlalu serius sangat..setiap masa nak serius hambar la jadi cinta kita tu…

Sebab tu kan saya ni jarang sangat tengok cerita jiwang karat tahap serius dan biasanya saya akan cari filem romantik komedi sebab ianya membantu menaikkan mood cinta.

Bergurau senda ni kan sebenarnya tidak salah selagi ianya tidak mengandungi gurauan yang melampau…macam mana nak gurau ek?Takde idea la nak gurau ni..huhu ini biasa lah kalau orang tak reti nak bergurau pasti akan terjadi begini.

Ok sebenarnya bergurau itu perlulah peka dengan keadaan sekeliling contoh la anda lihat orang memotong dengan laju..lalu anda berkata dengan pasangan anda….”orang tu bawa laju sebab dia nak gi toilet tu” ini sedikit sebanyak menyebabkan si dia menguntum senyuman :)

Namun dalam gurauan ada perkara yang tidak dibenarkan contohnya..menyentuh soal fizikal si dia(ini adalah pantang untuk dibuat bergurau) selain itu nama family,pakaian,nama si dia janganlah dibuat bergurau ya….

Jadi kalau anda bergurau secara sederhana saya rasa ia memadai untuk mewarnai keceriaan hari-hari anda dan ini akan menambah kemesraan bersama…..

Kata Cinta

Kata cinta ni apa sebenarnya?Kata cinta adalah ungkapan sesuatu tentang cinta.

Contoh kata cinta adalah “Cinta itu ibarat kentut,makin busuk makin erat! hehe ini adalah ungkapan ¬†atau kata cinta yang lawak. Penggunaan kata cinta mampu mengeratkan hubungan pasangan bercinta.

Ok mungkin ramai masih lagi malu untuk memulakan kata cinta kepada pasangan. Tak mengapa mulakan dulu dengan sistem pesanan ringkas atau SMS.

Selepas itu mulakan dengan kad ucapan…mungkin ramai tidak sedar ukapan kata cinta dalam kad ucapan dapat meruntun hati pasangan..contoh sebagai tanda penghargaan kepada pasangan atas sumbangan mereka..contohnya anda menghargai pasangan anda kerana membantu hubungan anda menjadi lebih baik.

Wanita amat menyukai jika pasangannya memuji,membelai mereka dengan kata-kata cinta yang manja.Contohnya jika isteri anda menggosok baju untuk anda,maka tinggalkan kad ucapan bagi mengucapkan terima kasih dan i love u for everything you done sudah memadai untuk wanita berasa bahagia.

Kebahagiaan ini akan mengurangkan konflik diantara pasangan kerana ia akan menimbulkan efek positif.Jadi kepada pasangan yang bermasalah tidak kira lelaki atau wanita cuba kaji perkara ini. Dan ingat kata cinta merupakan satu perkara yang positif.Jadi ucapkanlah ia lebih kerap.

Biarlah kehidupan kita ini indah disulami kata cinta.

Serasi Bersama

Serasi adalah perkara penting dalam hubungan.Kalau tak serasi pasti banyak perkara dilakukan akan menjadi tidak kena dimata kita atau dimata pasangan kita dan mula la nak berbalah.

Untuk mewujudkan keserasian ini tidak lah sesukar mana tetapi perlaksanaan yang akan menyusahkan sedikit. Untuk menjadi serasi setiap pasangan harus ubah segala tabiat buruk mereka sebelum berpasangan contoh merokok ke,tidak kemas ke…jadi kena buang la kan

Selain itu juga untuk serasi segala kelemahan pasangan harus lah diterima dengan hati terbuka. Jangan dok asyik nak komplen je sebab kalau asyik komplen macam mana nak serasi?Betul tak?

Selain dari kurangkan komplen,lebihkan komunikasi dengan pasangan. Luangkan masa bersama,lakukan aktiviti bersama.

Perkara-perkara begini akan memupuk keserasian antara pasangan.

Jadi kalau betul lah nak serasi lakukan tindakan sekarang.Jangan ditangguh setiap perubahan. Saya takut bila lambat berubah keserasian makin jauh meninggalkan kita. Jadi adalah lebih baik segala perubahan dilakukan segera!

Ya jadi jangan dok baca post ni je ya,tak note agar anda boleh berubah menjadi pasangan yang serasi bersama.

Kahwin,cinta jodoh=Sabar

Sabar itulah jawapan kepada keharmonian rumah tangga. Kesabaran yang tinggi akan membuatkan rumah tangga menjadi lebih harmoni.Semasa bercinta kita perlu sabar menahan hawa nafsu.

Ya la syaitan sentiasa cari peluang untuk menggoda untuk melakukan perkara terlarang. Kalau tak sabar dengan hasutan syaitan pasti kita tewas. Jadi kalau sesiapa bercinta pastikan anda menjaga segala perbuatan anda.

Kahwin juga memerlukan kesabaran yang teramat tinggi. Memang menjadi lumrah kita berkahwin pertelingkahan atau bergaduh dah jadi perkara biasa.Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Jadi ambil ikhtibar dari ayat ini dan jangan lah bertelingkah sehingga tidak dapat dikawal. Jika isteri marah-marah suami seharusnya diam begitu juga sebaliknya.

Jadi kalau bercinta atau berkahwin sabar adalah perkara utama yang perlu ditekankan. Janganlah kita lalai tentang hal ini.

Akibat tidak sabar maka porak peranda lah rumah tangga.

Cinta itu buta

Ye itu yang selalu saya tengok bila diperkatakan tentang cinta..bila dah cinta macam-macam sanggup dibuat hatta menyerahkan segala-galanya yang dimiliki termasuklah mahkota diri….

Saya sering menasihatkan mereka yang mula bercinta agar berhati-hati dan tidak terbawa-bawa perasaan cinta yang bagi saya tidak akan membawa kemana-mana selagi ianya disulami dengan hawa nafsu…

Bermula dengan pegang-pegang kemudian pergi pula ke aksi panas…itulah lumrah cinta yang berteraskan hawa nafsu….sebab itu saya setuju sangat dengan cinta itu buta dan ianya membutakan iman seseorang….

Adalah lebih baik jika cinta itu dipelihara dengan disulami dengan keimanan…Lebih baik ianya dipelihara dengan tidak berdua-duaan,tidak kerap bertemu dan percayalah perkara ini akan jadi lebih indah tika kita berkahwin nanti….sebab dah kahwin nak keluar berdua sampai ke kutub utara pun boleh!Takde sape nak larang:)

Jadi biarlah cinta itu buta tinggal dalam kenangan pepatah dan bukan diamalkan dalam hidup…sulamkan cinta itu dengan iman dan takwa…dan kalau bercinta tu janganlah lama-lama biarlah dipercepatkan nikah itu..InsyAllah ianya lebih diberkati..

Cinta facebook?

Kini teknologi makin canggih…orang kini semua nak cepat dan kalau boleh jodoh pun sama semua nak cepat dan sebab tu ramai bercinta kat facebook?oooooo tidak..cinta facebook la pulak..huhu

Ok mungkin ramai tidak sedar cinta di facebook adalah cinta versi terbaru cinta di internet ni. Dulu orang sibuk pasal MIRC sekarang dah sibuk pasal Facebook la pulak. Cinta facebook memang ada dan ada yang sampai ke jinjang pelamin pun ada itu satu kebaikan lah kan tetapi disamping kebaikan itu ada juga keburukan yang berlaku….

Cinta facebook akan mendedahkan seseorang untuk ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab..sampai ada yang mengaku bujang walaupun dah kawin 4….ek silap dah kahwin dan ada 4 orang anak hehe…

Ini akan mewujudkan keretakan rumah tangga bila si suami kantoi dengan isteri maka perang besar la gamaknya kan?

Jadi kepada sesiapa yang tergatal tangan untuk bercinta tu,berhati-hati jika kenal dengan seseorang di Facebook. Dan untuk pertemuan kali pertama saya nasihatkan ajak ramai rakan-rakan. Jangan berani-berani pergi sorang-sorang ya. Lepas tu pilih tempat pertemuan tu di tempat terbuka.

Ok lepas tu kalau orang yang anda kenali tu ajak datang rumah dia untuk pertemuan kali pertama,tolonglah katakan tidak! Sebab ianya sebenarnya lebih kepada perangkap.

Jadi dalam mencari cinta perlu hati-hati,jangan mudah percaya dengan kata-kata manis,gambar sehensem brad pit sebab tidak semuanya benar…..So hati-hatilah ya!