1000 Burung Kertas

Pernahkah anda berkorban untuk pasangan anda, demi melihat pasangan anda lebih berjaya dalam hidup? Pernahkah anda memberikan sumbangan kepadanya dalam bentuk motivasi, kata-kata nasihat dan semangat? Pernahkah anda bersabar, demi membiarkan cita-cita pasangan anda menjadi satu realiti? Atau selama ini anda hanyalah beban yang digalas di bahunya?

Sebuah perhubungan, adalah seperti sebatang pohon dan air. Masing-masing memerlukan dan memberi sokongan kepada satu sama lain. Tanpa pohon, kepada siapa air hendak dicurahkan? Tanpa air, bagaimana pohon hendak hidup? Sekiranya pasangan anda memerlukan sokongan moral, sokonglah dengan setulus hati, bukan kerana anda mengharapkan sebarang balasan. Ada kala, ia mampu membantu pasangan mencapai kejayaan yang tidak pernah dimimpikan… Continue reading

Kata-kata cinta lawak

Kata-kata cinta lawak memang syok untuk dilayan.Ye memang best sebab kata-kata cinta yang serius kadang-kadang membosankan. Ok mungkin ada yang blur tentang cara nak beri kata-kata cinta yang lawak ni…ok sebenarnya kata-kata cinta lawak boleh dibina berdasarkan pemerhatian kita kepada keadaan sekeliling

Contohnya anda lihat pada petai di atas meja anda maka anda boleh cipta dari petai tersebut…Macam mana ek nak cipta kata cinta yang lawak dari petai ni?Petai ibarat cinta sejati,kesedapannya apabila kita dapat menerima hakikat busuknya dia….jadi kalau sayang tak mandi pun saya tetap suka haha

Itu adalah sebahagian contoh kata-kata cinta lawak.Tapi nape ek saya buat entry lawak ni?Sebab malam ni kan malam rajalawak haha..ok lah saya rasa cukup lah setakat ni entry saya..cuba cari idea untuk buat lawak ngan pasangan anda dan yakinlah kata-kata cinta lawak dapat mengikat kasih…

Kata-kata cinta

Kata-kata cinta tu apa ek?Ada yang kata bila orang tu mudah sangat sebut kata-kata cinta maknanya orang tu playboy…aik betul ke?Ntah saya masih tidak buat kajian lagi tapi kan harus diingat bahawa setiap kata tu adalah doa..Jadi kalau setiap masa kita cakap kita cinta maka Allah akan bantu mewujudkan rasa cinta tu betul tak?

Kalau sapa tak setuju takpe lagi pun masing-masing ada pandangan sendiri. Saya dulu pun agak kurang senang mengucapkan kata cinta tetapi setelah berumah tangga alhamdulillah ianya membantu saya mengeratkan hubungan suami isteri. Ya sebab kata-kata cinta ini mempunyai rahsia tersendiri.

Ucapan kata cinta seperti sekurang-kurangnya I love U sudah memadai menghangatkan perhubungan suami isteri. Jangan takut luahkannya kerana dia kan dah jadi isteri anda.Kalau masa bercinta dulu maak aaaai bukan main lagi. Tapi bila dah kawin semua hilang?Kemana perginya kata-kata cintamu duhai lelaki?

Jadi kalau anda membaca blog ini janganlah simpan kata cinta itu,Luahkannya agar pasangan anda tahu bahawa andalah yang mempunyai kata-kata cinta paling romantis dikalangan lelaki lain.Sebab tu dia pilih anda jadi suami kan?

Ok lah cukup kot dulu.Nanti kalau ada idea tentang kata-kata cinta ni saya masuk balik ek.Ok lah ya bye!Jangan lupa komen pulak ya.