Cinta itu suci dan bila cinta itu disulami iman pastinya ianya akan berkembang mekar. Ianya perlu disiram agar ianya terus kembang dan mekar. Bila mana cinta itu disulami iman pastinya nafsu serakah dapat ditundukkan dan ianya akan menjadi nikmat yang membahagiakan.
Bila mana cinta itu mahu pudar..ingatlah akan pencipta cinta itu….sujudlah kerana dialah yang maha berkuasa dan dialah maha pengasih dan penyayang kepada hamba yang tunduk dan patuh kepadanya..Dan percayalah hubungan kita dengan manusia akan pulih jika hubungan dengan Allah kita pulihkan…..
Moga nasihat dan pedoman akan kita perolehi dengan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangnya…..
Jadi bila cinta melanda anda,ucaplah segalanya hanya untuk MU ya Allah…Moga cinta ini menjuruskan aku ke lembah keimanan dan ketakwaan…
Cintailah yang Maha Mencintai nescaya kita tidak akan pernah dikecewakan dan hidup penuh kebahagiaan